ZAHID TERLALU BESAR UNTUK DIPERKECILKAN

Belumpun PRN Johor bermula secara rasminya, beberapa orang ahli politik menampakkan kelemahan aklinya dengan memainkan isu-isu remeh yang tidak sepadan dengan nama besar mereka. Rupa-rupanya poltik Malaysia seperti tersangkut dalam kapsul masa yang tidak mahu bergerak. Politik kita masih berkisar pada fitnah berpanjangan dan bukannya perancangan pembangunan dan pertumbuhan berkesan untuk membantu rakyat.

Apakah agaknya yang bermain di fikiran Muhyiddin Yassin apabila dengan sengaja memfitnah kononnya Zahid datang ke pejabatnya dengan timbunan fail meminta agar Muhyiddin menolong dalam kes mahkamahnya.

Zahid bukanlah baru semalam terjun ke dunia politik untuk tidak memahami perangkap yang bakal dihadapinya sekiranya beliau berbuat demikian. Presiden UMNO itu bukanlah calang calang orang untuk meminta permintaan tidak masuk akal seperti itu. Sebelum ini pun cubaan menggertak Zahid untuk membubarkan UMNO tidak berjaya. Zahid tegas dengan pendirian mempertahankan parti yang dipimpinnya. Inikan pula hendak merayu kepada Muhyiddin. Fitnah Muhyiddin ini langsung tidak ada merit dan menjatuhkan martabat dirinya sendiri.

Jika Muhyiddin bercakap benar, mengapa tidak menyahut cabaran untuk melakukan sumpah laknat yang dicabar oleh Zahid? Alasan yang diberikan oleh orang yang terdesak seperti Muhyiddin tidak boleh diterima.

Di kala ia jatuh, UMNO beruntung mendapat Presiden seperti Ahmad Zahid Hamidi kerana semangat juang dan kecintaannya pada UMNO tidak pernah luntur. Kerana itu UMNO bangkit semula.

Sejak kebelakangan ini fitnah dan pembohongan telah menjadi norma berpolitik bagi Muhyiddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.