UMNO Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN.

Dalam tempoh beberapa bulan kita akan berdepan dengan pilihanraya Negeri,oleh itu mulai sekarang kita perlu bersedia untuk berdepan dengannya.

Bersedia bererti,mulai sekarang kita seharusnya turun kesetiap kawasan,kampung untuk menerangkan apa keputusan pucuk pimpinan kita, tentang kerjasama kita bersama DAP serta kenapa majlis tertinggi baru baru ini telah membuat keputusan memecat dan gantung beberapa tokoh didalam UMNO.

Sehingga semalam masih ada lagi pakcik dan makcik di kampung kampung masih percaya bahawa kita(UMNO) bergabung dengan DAP, hakikatnya kita hanya berkerjasama diatas arahan YDPA ketika itu demi Negara, kerana ketika itu tiada parti politik yang punyai majoriti untuk bentuk kerajaan .

Begitu juga penerangan tentang tokoh tokoh UMNO yang baru baru telah digantung dan dipecat,mereka mereka ini telah bergerak membuat keputusan yang bertentang dengan pucuk pimpinan dan ada juga yang menghina UMNO itu sendiri didalam siri ceramah PRU 15 secara terbuka.

Oleh itu terlalu penting untuk UMNO Negeri Sembilan memulakan program program penerangan agar kita bersedia berhadapan dengan PRN dalam beberapa bulan ini .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *