TOK MAT…2018 hingga kini…

  1. Tok Mat begitu tersepit dan tidak selesa dengan keadaan dalam umno sekarang.
  2. “Tamak” jawatan??? Itu bukan Tok mat.
    Klu nak jawatan dulu lagi ….Tok mat Boleh je…. Di Cycle Carriage pakej yang dia dapat lebih dari mencukupi..
  3. Kalau nak kira duit,insyaallah tak berpolitik pun Tok mat boleh hidup senang

4.2018, Tok Mat bangkit dan meniupkan semangat kepada akar umbi ahli-ahli umno untuk bersama-sama menaikkan umno semula setelah kalah dalam PRU 14.

  1. Kalau nak ikutkan, the best time for him to retire ketika BN kalah pada Mei 2018. Tetapi semasa BN kalah dan UMNO tiada kuasa, dia sanggup memikul beban jawatan Timbalan Presiden UMNO.
  2. Pada ketika Tok Mat memangku jawatan Presiden UMNO, BN telah menang 3 PRK dan momentom UMNO terus memuncak.
  3. Tertubuhnya kerajaan PN hasil langkah Sheraton sekali lagi Tok Mat tidak memegang apa-apa jawatan malah menolak jawatan tertentu yang ditawarkan oleh PM Mahiaddin demi memberi fokus kepada kestabilan parti lebih dari kepentingan diri dan juga menghormati Presiden yang juga tidak memegang jawatan
  4. Pada ketika tu, Jika Tok Mat ni gila kuasa sudah pasti presiden akan ditempelak dan digulingkan ketika aura Tok mat dan akar umbi umno telah bersuara untuk presiden berehat.
  5. Tok Mat juga berlapang dada bilamana Naib Presiden UMNO diangkat menjadi PM ke 9
  6. Tetapi bila ada menteri-menteri umno dalam kabinet begitu berat kepada Mahiaddin dari PPBM dan mula menyusun strategi cuba mengharamkan UMNO dan menjatuhkan Institusi Presiden dan Tok Mat sendiri, akhirnya presiden membuat keputusan untuk melantik Tok Mat sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO Malaysia. Hasilnya keyakinan rakyat terutama pengundi muda dan orang melayu telah meningkat yg sekaligus BN dapat menawan 2 buah Negeri pada PRN Melaka dan PRN Johor
  7. Kejayaan ini juga adalah sumbangan besar daripada kempen manager umno iaitu “Bossku” yang turun memberikan sokongan dan berkempen demi kemenangan parti
  8. Walaubagaimanapun keputusan PRU15, BN cuma menang 30 seat dimana UMNO cuma menang 26 seat
  9. Kesombongan Mahiaddin yg cepat membuat pengumuman sudah ada majoriti kerusi untuk tubuh kerajaan menjerat beliau dan PN telah membuka mata Presiden dan Tok Mat dimana ada 10 SD ahli parlimen UMNO yang menyokong Mahiaddin sebagai PM dan kerajaan PN. Tetapi 10 SD Mp umno tersebut telah ditarik balik oleh mereka setelah diminta oleh MKT disebabkan semua calon parlimen umno yang menang terikat dengan SD secara em-bloc.
  10. BN telah mengeluarkan kenyataan untuk menjadi pembangkang tetapi disebabkan tiada parti yang cukup 112 kerusi (simple majority) untuk tubuh kerajaan maka Tok Mat mencadangkan agar PH yg monang 82 seat bergabung dgn PN 73 seat untuk tubuh kerajaan yg stabil. Bagaimanapun PN dengan angkuh tidk bersetuju unuk bergabung bersama PH.
  11. Atas titah YDPA, Presiden dan Timbalan Presiden serta mkt bersetuju untuk menjalin kerjasama bersama PH bagi menubuhkan kerajaan. dimana PM ke 10 adalah Anwar Ibrahim.
  12. Fokus kerajaan ini adalah untuk memulihkan negara yg HUTANG mencecah 1.2 trillion dan kenaikkan taraf hidup serta kos sara hidup rakyat yang semakin menekan
  13. PAU 2022 dimana ada usul tambahan, meminta perwakilan meluluskan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang. Perkara ini bertujuan untuk mengelak dari perpecahan parti ketika ini. Parti dan kerajaan perlu stabil serta perlu diberikan masa untuk fokus kepada pemulihan negara.
  14. Akhirnye keputusan PAU bersetuju dengan usul tersebut. Perwakilan menyokong penuh dan proses berlangsung dengan lancar.
  15. Tok Mat sebagai Timbalan Presiden mesti align dengan Presiden UMNO demi kestabilan parti. Cuba kita fikirkan setelah apa yang berlaku selama ini wajarkah Tok Mat menarik sokongan atas Presiden??? Tok Mat bukan pengkhianat!!
  16. Dan wajarkah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ditentang setelah banyak peluang , pengorbanan dan kesabaran yang mereka berdua berikan kepada menteri-menteri umno dalam kabinet semasa zaman PN memerintah dibawah PM ke 8 dan Ke 9
  17. Fokus sekarang pada PRN yg akan diadakan sebelum Mei 2023 dan sudah tentu inilah masanya UMNO membuat pembersihan pengkhianat secara total dan menonjolkan muka-muka baru dari golongan pemuda, puteri dan wanita untuk menghadapi PRN Di 6 buah Negeri pulau Pinang, selangor , NS , Kedah , Terengganu dan Kelantan.

Kepada Allah SWT kita berserah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *