TIDAK MUNGKIN BERTAHAN,APABILA MIMPI BERLAINAN

Musim hujan sekarang angin hari hari tipu kencang, begitulah juga angin politik ketika PRU 15 sekarang ini.

Cakap cakap tentang gabungan antara BN dan PH makin kuat bertiup di setiap ruang media sosial,kedai kopi dan lain lain tempat.

Tekaan jumlah kerusi BN dan PH juga selalu disebut sebut dan gambaranya khabar angin ini ialah Anwar Ibrahim akan berdiri sebagai Perdana Menteri ke 10 dibantu oleh timbalannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk kali kedua.

Bagi kita didalam media sosial ini yang menyokong BN dan yang menyokong PH hanya berbaki lagi seminggu,selepas itu kita GENG..
😀😀

Walau bagaimanapun jika khabar angin ini menjadi kenyataan pada 20hb atau 21hb ini yang pastinya,masaalah semasa kita di penggal dewan rakyat ke 14 akan berulang kembali.

Dalam ertikata lain kerajaan ini tidak tahan lama kerana akan bertukar sebelum PRU 16,ini kerana percayalah mereka punya mimpi yang berlainan.

#ge15#pru15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *