SIAPA KITA NAK PILIH ?

Sebenarnya tidak ramai orang jahat di negara kita.
Yang ramai ialah orang yang menyokong orang jahat.
Mereka rasuah kita sokong.
Mereka menipu kita sokong.
Mereka salah guna kuasa kita sokong.
Mereka menabur fitnah kita sokong.
Mereka dusta kita sokong.
Mereka menghasut kita sokong sokong…!
Mereka mesti di sokong lantaran mereka berkuasa, Lantaran mereka bangsa kita?
Sebahagian daripada kita pula berpegang kepada falsafah:
‘Berteduh biar dibawah pohon rendang, Berpaut biar didahan yang kokoh’. Kumpulan ini sentiasa menyokong siapa berkuasa. Kononnya untuk kemudahan dan keselamatan hidup. Sebenarnya ini hidup berjiwa hamba!. Setiap kali pilihan raya menerima habuan. Kemudian undi mereka kerana telah terhutang budi.
Akibatnya:
Sang penguasa terus berkuasa. Untuk kekal berkuasa mereka menggunakan agama, bangsa, raja sebagai alat untuk membalut kejahatan mereka. Kerana mereka berkuasa mereka dilihat benar. Kita percaya!. Akhirnya kuasa itulah kebenaran! Apa yang mereka lakukan benar belaka!. Kejahatan terus berlaku.
Salah satu masalah negara adalah dadah, tetapi masalah lebih besar adalah rasuah dan salah guna kuasa. Jika rasuah jadi budaya, kita tidak akan berubah bahkan dadah pun tidak boleh kita atasi. Kita akan terus ketinggalan berbanding negara-negara jiran kita.
Fikir-fikirlah mungkin kenyataan ini ada kebenarannya. Bolehkah kita berubah tidak lagi menyokong kumpulan orang-orang jahat???

Leave a Reply

Your email address will not be published.