Bila berpolitik, Melaka tidak seperti negeri-negeri lain. Tidak seperti Kelantan, Selangor mahupun Kedah. Orang Melaka tidak emosi bila membicarakan soal politik. Namun seperti negeri-negeri lain, Melaka turut kecundang dengan gelombang fitnah pihak Pakatan Harapan dalam PRU14.
Melaka juga mempunyai pemimpin politik ternama dan antara nama yang sentiasa di ingatan ialah Tun Ghafar Baba, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Tun Ali Rustam. Ada juga yang pernah menjadi Ketua Menteri tetapi tidak meninggalkan legasi. Idris Harun pula akan dikenang dalam sejarah politik Melaka ‘for the wrong reasons’.
Walaupun ramai yang suka berseloroh dengan mengatakan orang Melaka suka menggunakan perkataan dan ayat yang dianggap kasar, hakikatnya orang Melaka tidak berpolitik sehingga ‘yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi debu.’ Orang Melaka lebih berhemah kerana latar belakang kekitaan yang telah lama mereka pupuk dalam kehidupan seharian.
Mungkin kerana telah biasa dengan perpecahan ekoran kejatuhan empayarnya, orang Melaka tidak suka pertelingkahan kepada perkara-perkara yang tidak perlu terutamanya politik. Justeru PRN ini dilihat sebagai sesuatu yang agak asing buat penduduk Melaka. Orang Melaka yang begitu besederhana dalam berpolitik kini didatangi oleh mereka dari luar yang cuba mengajar mereka untuk berkonfrontasi.
Melaka telah lama damai dengan UMNO dan Barisan Nasional. Tidak seperti parti parti lain yang bertanding, UMNO tidak mengambil langkah menyerang terhadap musuh. Malahan tutur kata ketua Perhubungan UMNO Negeri, Ab Rauf Yusoh lebih banyak bersulam pantun daripada serangan peribadi yang tidak sihat. Kempen mereka berkisar tentang dasar dan pembangunan. Ada yang mengatakan bahawa untuk UMNO menang, mereka tidak boleh bertahan sepanjang masa. UMNO perlu juga menyerang tetapi UMNO bukanlah sebuah parti yang suka akan perbalahan. Sama ada ini menguntungkan atau merugikan, UMNO sudah biasa dikata dan dinista. Mereka hanya mampu lakukan yang terbaik.
Politik melayu menjadi bahan lawak, tidak lagi dhormati olh kaum lain, kelemahan minda melayu dlm mmgurus krisis terserlah. Maka selepas ini dgn mudah akan diambil ksempatan olh orng lain..