SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 76, UMNO.

(sumber : dari FB Bossku)

11 Mei.

76 tahun telah berlalu.

Perjalanan yang penuh cabaran dari penubuhan ke hari ini.

Bukan sahaja perbezaan dan perbalahan dalaman yang hampir melumpuhkan parti.

Tetapi juga tekanan politik dari luar parti, dengan musuh-musuh yang ingin menghancurkan kami.

Malah ada yang memilih keselesaan, meninggalkan kami berduyun-duyun.

Yang tinggal, UMNO dengan ahli yang setia.

Akar umbi menunjangi parti, memahami dan meneruskan perjuangan, menjulang kami semula.

UMNO kekal bersama. UMNO kekal kukuh. UMNO kekal dengan perjuangannya.

Tidak dinafikan, populariti dan sokongan terhadap parti berubah-ubah sepanjang masa ini.

Namun, kami jelas akan peranan dan tanggungjawab kepada rakyat.

Berpegang kepada ini sentiasa.

Di masa kami memimpin, kami berusaha meningkatkan taraf dan kebajikan rakyat. Melaksanakan pembangunan.

Di masa kami jatuh, kami bersuara membela rakyat.

Kerana UMNO sebuah perjuangan rakyat.

Semoga rakyat Malaysia terus dirahmati dan diberkati Allah SWT, menjulang parti dan perjuangan yang membela nasib rakyat.

Selamat ulang tahun ke-76, UMNO.

Najib Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *