
- KES SRC RM42 juta
Najib dipenjarakan sebab sedekahkan RM42 juta yang dia tidak minta atau arahkan untuk diberi tetapi dimasukkan ke dalam akaun dia tanpa pengetahuan dia.
Ini belum ambil kira dana RM642 juta yang dia terima dari Arab Saudi termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi yang dia turut memberi sebagai sedekah atau kerja CSR. Kenapa beri RM642 juta tapi nak “curi” RM42 juta pula?
Najib tidak didakwa mencuri dana RM42 juta tersebut tetapi dihukum sebab hakim kata ianya bukan hak Najib untuk sedekah.
- KES LAPORAN AUDIT
Najib didakwa salahgunakan kuasa untuk arahkan laporan audit 1MDB dipinda. Selepas perbicaraan 4 tahun, dia dibebaskan sebab hakim kata tiada bukti Najib pernah arahkan sesiapa untuk pinda dan pindaan yang dibuat itu adalah perkara remeh, tidak memberi sebarang impak dan patut (justified) dipinda pun. - KES 1MDB-IPIC
Najib didakwa salahgunakan kuasa untuk menggelapkan RM6.6 bilion bagi perjanjian penyelesaian IPIC tetapi akhirnya Najib terbukti betul untuk membuat penyelesaian tersebut bila IPIC bersetuju membayar RM8.08 bilion kepada Malaysia baharu-baharu ini sebagai penyelesaian. - KES 1MDB-Tanore RM2.6b
Najib turut didakwa bawah caj AMLA sebab menerima RM2.6b dalam akaun atas nama dia biarpun dana tersebut telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian. Sehingga kini, pendakwaan masih tidak berani memanggil Zeti untuk disoal dalam mahkamah. - KES TUNTUTAN CUKAI LHDN RM1.7b
Najib dikenakan tuntutan cukai RM1.7b sebab pernah menerima RM2.6b yang LHDN kira sebagai hasil/income) tetapi pemulangan dana tersebut kepada penghantar 4 bulan kemudian dikira sebagai perbelanjaan.
Najib tidak dibenarkan mempertikaikan pengiraan LHDN tetapi diarahkan untuk bayar dulu dan rayu kemudian. Jika tak bayar dulu, Najib dikenakan tindakan muflis.
- KES SITA DANA RM114 juta.
Najib akhirnya menang kes ini dalam mahkamah dan dana tersebut terbukti sebagai dana PRU14 untuk parti. - KES SITA BARANG-BARANG PERIBADI
Najib akhirnya menang kes ini dalam mahkamah setelah barang-barang tersebut merupakan hadiah peribadi yang diterima selepas berpuluh tahun oleh Najib dan 5 ahli keluarga mereka termasuk hantaran perkahwinan anak Najib diterima dari mertuanya yang kaya.
Dua hakim kata tiada bukti bahawa barang-barang itu adalah dari sumber 1MDB atau aktiviti haram.
Sehingga sekarang, Najib tidak pernah didakwa dan tiada bukti bahawa Najib pernah sengaja naikkan harga kontrak kerajaan supaya dia boleh sakau dari kontraktor.
Jadi, di mana suara dan usaha PN untuk melawan kezaliman-kezaliman tersebut ketika mereka memerintah?