RAKYAT NEGERI SEMBILAN SUDAH TIDAK SABAR

1. Kerajaan Melaka telahpun berubah wajah. Tidak lama lagi Sarawak akan melalui perkara yang sama apabila rakyat negerinya keluar mengundi bagi memilih kerajaan yang mereka mahukan. Walaupun keadaan di Melaka dan Sarawak tidak sama tetapi mereka berani untuk menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

2. Malangnya ini tidak berlaku di Negeri Sembilan. Walaupun perbezaan kerusi tidak begitu besar antara PH Dan BN, namun PH mengekalkan kedudukannya sebagai kerajaan. Di kala ada yang sedia maklum bahawa berlaku pergeseran antara para pemimpinnya satu ketika dahulu tetapi tetapi kerajaannya masih bertahan.

3. Ramai yang mula bosan dengan kerajaan negeri yang sudah lama mendiamkan diri dan tiada perkembangan baru. Macam macam fitnah dilontar terhadap kerajaan Barisan Nasional sebelum PRU14 tetapi apabila menjadi kerajaan, layu dan kaku kerana tidak punya perancangan yang kukuh untuk membangunkan negeri.

4. Rakyat Negeri Sembilan tidak pernah nampak MB Amin membawa masuk pelaburan berskala besar ke Negeri Sembilan. Mereka sering kali membandingkan kepimpinan Aminuddin dengan Tok Mat sebagai Menteri Besar. Pada hakikatnya rakyat negeri ini sudah mula resah dengan keadaan yang tidak bergerak di Negeri Sembilan. Rakyat Negeri Sembilan merindui zaman Tok Mat yang sentiasa mengetengahkan idea idea pembangunan yang menakjubkan.

Mereka ternanti PRN di laman sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.