PRN MELAKA : JANGAN LUPA KEPALSUAN PH KETIKA PRU 14

Sumber gambar: puteradaily.com

Setiap kali bercakap tentang PRU 14, mudah kita mentakrifkan PRU14 sebagai ‘PRU Emosi’dan ibu kepada segala PRU sebelumnya.

Buat pertama kali dalam sejarah politik negara, peranan media sosial yang digunakan tanpa batas untuk menyebarkan berita palsu dan fitnah, telah berjaya mempengaruhi emosi masyarakat pengundi. Kita juga sedar bahawa UMNO tidak boleh membendung perasaan masyarakat yang ingin mencuba sesuatu yang baru kerana manusia sentiasa mahu sesuatu yang lebih walaupun yang baru itu belum mampu menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Orang yang emosi tidak boleh melihat kebaikan, contoh ketara ialah selepas PRU 14 dan apa yang kita telah lalui selepas itu.

Tewasnya UMNO (BN) dalam PRU14 bukan kerana ia gagal melunaskan tanggungjawabnya sebagai kerajaan, tetapi sebaliknya terlupa sedang ia sibuk melaksanakan tugasnya, pihak ketiga meracuni fikiran mereka yang sedang ditolongnya. Nasib UMNO tidak ubah seperti kisah sedih kegagalan cinta sang jejaka yang meninggalkan kekasihnya demi mencari kehidupan sempurna bagi memulakan penghidupan antara mereka berdua, hanya digagalkan oleh si gadis yang membiarkan kesunyiannya diracuni oleh pihak ketiga.

Rakyat Melaka akan keluar mengundi dalam Pilihanraya Negeri Melaka pada 20 November ini. Dalam keadaan politik sekarang, ramai telah menjadi terkeliru dek permainan media sosial. Pemenang PRN kali ini akan sekali lagi ditentukan oleh keberkesanan peranan media sosial untuk memancing undi.

Mereka yang hebat di media sosial tidak semestinya hebat ketika menjadi kerajaan. Kita telah melihat apa yang berlaku apabila PH memerintah selama 22 bulan. Manifesto mereka dipenuhi dengan janji-janji kosong yang mustahil untuk ditunaikan. Masih ingat tak lagi akan janji-janji manis PH seperti “Hari ini kita bentuk kerajaan, esok harga minyak turun!”, “Kalau kita jadi kerajaan, hutang peneroka dilupuskan!” “Kalau kita jadi kerajaan, tol lebuhraya kita tamatkan!”? Namun demikian, masih ramai akan terpengaruh untuk terus mengundi mereka kerana liciknya mereka memberi pelbagai macam alasan. Jangan harapkan mereka akan membawa pembangunan di Melaka kerana mereka tidak punyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang itu. Selama berpuluh tahun menjadi pembangkang, mereka lebih elok kekal sebagai pembangkang. Memilih mereka untuk membentuk kerajaan hanya akan mengundang padah.

Pasti pendakwaan keatas para pemimpin UMNO akan dijadikan modal utama dalam ceramah propaganda PH sekali lagi. Namun apakah pendakwaan yang dilakukan secara terpilih selama PH menjadi kerajaan akan berjaya mengaburi mata para pengundi? Ingatlah jika kita ingin mengubah hidup kita, mulakanlah ia dengan berterima kasih kerana terlalu banyak jasa UMNO yang telah ditaburkan kepada kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *