Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu menyalahkan kepimpinan masing-masing jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat besar daripada rakyat Johor pada 12 Mac ini.
Ini kerana, PN dan PH didakwa sudah tersilap strategi apabila berterusan membunuh karakter Datuk Seri Najib Razak (DSNR) dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri termasuk di Johor.
Ini telah terbukti sepert di PRN Melaka dan Sarawak di mana PH dan PN telah tewas dengan hinanya disebalik mencapai kemenangan melalui pembunuhan karakter terhadap DSNR.
Hakikatnya pembunuhan karakter sudah lama berlaku sejak pra PRU 14 lagi di mana ia telah menumbangkan kerajaan BN yang telah berkuasa sejak 60 tahun yang lalu. Mungkin ketika itu DSNR tidak bersedia menangkis segala serangan terhadap beliau.
Ada pihak yang berpendapat bahawa pembunuhan karakter terhadap DSNR bukanlah faktor utama yang menyebabkan tumbangnya kerajaan BN ketika itu tetapi ia merupakan sebahgian daripada faktor yang menyebabkan kejatuhan nya.
Faktor utama yang menyebabkan tumbangnya kerajaan BN ialah janji-janji manis yang gagal ditunaikan oleh PH. Rakyat memilih PH kerana terpengaruh dengan janji-janji manis yang ditawarakan semasa PRU 14, tetapi setelah memerintah gagal ditunaikan.
Serangan pembunuhan karakter terhadap DSNR mula tidak menampakkan kesan bermula di PRK Cameron Highland dan berterusan sebanyak 7 PRK berturut-turut yang berakhir di PRK Slim. Malah dalam 7 PRK tersebut BN telah mencapai majoriti tertinggi di PRK Tanjung Piai Johor walaupun banyak tomahan dilemparkan terhadap DSNR terutama tentang isu 1MDB.
Dalam strategi membunuh karakter, biasannya sasaran adalah individu yang rapuh tetapi Najib memiliki karakter kukuh apabila beliau dapat bertindak balas dengan fakta terhadap kenyataan-kenyataan yang dilemparkan.
Selain, tidak ada pihak yang boleh menafikan Najib cukup menonjol di media-media sosial.
Kesilapan awal sudah berlaku semasa PH menjadi kerajaan 22 bulan yang mana ketika itu rakyat mahu seorang perdana menteri yang bagus tetapi PH gagal dan ketika itulah aura Najib terserlah.
Alangkan Mahathir, Mahiaddin dan sekutu2nya pun tidak dapat membunuh karekter Najib apa tah lagi macai2 upahan dan penyokong2 puak sebelah yang lainnya tidak mampu menjatuhkan Najib apatah lagi Najib sentiasa mendapat sokongan padu daripada rakyat yang kebanyakkan bijak berfikir tidak mudah terpengaruh dengan tomahan atau fitnah ….Najib dengan mudah dapat mematahkan serangan mereka kerana Najib menyertakan fakta yang cukup lengkap bagi mempertahankan dirinya.
Sejujurnya Najib tidak semudah itu untuk dikenakan dan ditumbangkan.sekarang ini…Najib cukup2 berkemampuan dan bukan calang2 pemimpin.