Mohd Puad Zarkashi
Polimik siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan semakin panas. Rakyat kena ambil tahu dan jangan keliru terhadap isu penting ini.
Apatah lagi bila ada pihak yang buat kenyataan memihak seperti Majlis Peguam dan Dr Shad Saleem Faruqi. Kenapa gerun sangat SPRM siasat Nazlan?
Sebab itu rakyat wajib baca tulisan Yang Arif Tun Abdul Hamid Mohamad bekas Ketua Hakim Negara supaya kita lebih terbuka untuk memahami isu ini.
Polimik ini menimbulkan banyak soalan. Apa maksud Bar Council dengan pengasingan kuasa? Apakah Hakim lebih atas dari undang undang..
Bebaskah mereka melakukan jenayah yang mereka sendiri selalu hakimi seperti penggubalan wang haram. Orang lain disiasat dan dihukum tetapi hakim terkecuali.
Mereka tuduh laporan polis terhadap Nazlan adalah ugutan. Apakah pendirian memihak Bar Council bukan ugutan terhadap SPRM? Dari dulu lagi Bar Cauncil selalu dengan sikap double standard mereka.
Ada baiknya Bar Council sahut cabaran Tun Hamid. Di bawah peruntukan mana siasatan terhadap Nazlan tidak ikut perlembagaan? Perkara 125? Jelaskanlah secara terperinci.
Semoga SPRM tidak tertekan. Jangan pula siasatan diteruskan, tetapi hanya siasatan sambil lewa atau siasatan kowtim. Selepas siasatan, keluar kenyataan “tiada kes”.
