PERINGATAN PENTING SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA.

Dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ketika merasmikan mesyuarat sidang Parlimen pertama penggal kedua parlimen ke15, Baginda secara lembut berkata bahawa Bagindalah merupakan satu-satunya Yang Dipertuan Agong yang melantik 4 orang Perdana Menteri dan berharap bahawa perlantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan yang terakhir di bawah Baginda sebelum berangkat pulang ke Pahang (apabila tamat tempoh jawatan sebagai Yang diPertuan Agong).

Jika diamati harapan DYMM Yang DiPertuan Agong, ia bukanlah sokongan terbuka terhadap seorang pemimpin atau mana-mana parti politik. Sebaliknya nasihat tersebut merupakan ‘wake up’ call kepada semua ahli parlimen negara bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap negara dan rakyat. Sudah tiba masanya ahli ahli parlimen negara ini menamatkan perbedaan fahaman politik mereka dan menumpukan perhatian kepada pembangunan negara.

Baginda dan rakyat berpisah tiada. Baginda sedar bahawa kemelut politik yang kusut hanya merugikan negara dan yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.

Suara Anak Negeri berharap titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong menjadi peringatan yang diterima baik oleh ahli ahli parlimen Malaysia yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU 15. Ini masa untuk bekerja, bukannya untuk bercakaran kerana PRU15 sudah pun berlalu.

Baginda juga mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia bergantung kepada kesepakatan dan sikap toleran antara satu sama lain.

DAULAT TUANKU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *