PEMUDA PKR KELUAR PARTI-HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PUCUK KEPIMPINAN YANG HANYA #JANJI KOSONG

Seramai 80 Pemuda PKR daripada cabang Rasah telah keluar parti akibat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang sentiasa memberikan sajian #JanjiKOSONG. Banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan oleh kepimpinan Negeri yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kelemahan dan birokrasi politik dalaman parti telah membantutkan pergerakan Pemuda PKR dalam menerajui dan memenagi agenda rakyat khususnya di Negeri Sembilan.

Penyertaan Pemuda PKR ke Briged Pemuda MIC ini di selaraskan oleh En. Kalai Arasan (Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan) yang turut disaksikan oleh En. Andrew David (Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan merangkap Ketua Briged Pemuda MIC) dan En. Krishnan (Pengerusi MIC Bahagian Rasah) dan En. Irwan Hj. Mohd Suhid (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rasah)

Kesemua bekas ahli Pemuda PKR akan diserapkan ke cawangan Labu, Kirbry dan Gadong untuk meneruskan kerja-kerja pemerkasaan masyarakat tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.