Mohon kepada semua pemimpin Barisan Nasional pada ketika ini, untuk elakkan perangai perangai sombong dan ingat kita sahaja yang tahu semua.
Penting untuk setiap pemimpin sedar bahawa kita sangat sangat perlu menang PRU 15 ini, oleh itu pandangan,teguran,idea oleh jentera,anak muda dan akar umbi sangat perlu didengar dan di ikuti. Tolong sentiasa bersedia jika mana mana akar umbi,jentera, hatta rakyat jelata ingin bertemu mahu pun melontar idea kepada anda.
Dekatilah media sosial kerana disini terlalu ramai penyokong,akar umbi,jentera,anak muda serta rakyat berkampung setiap saat.
Jika rasa diri sudah terlalu senior atau tua walaupun tidak setua pengerusi GTA, maka berehatlah dan berilah peluang kepada,anak muda yang berkelayakan agak kita berperang di PRU 15 sebagai Parti yang berpengalaman dengan bercalonkan darah darah muda.
Setakat hingga ke hari ini pembangkang sedang kehadapan,baik dimedia sosial mahu pun ceramah kelompok dan ceramah besar,walaupun hakikatnya Rakyat Malaysia mahukan kita memerintah kembali jadi kami pohon kepada kepimpinan Barisan Nasional sesuatu harus dilakukan ketika ini sebelum hari penamaan calon.
BERGERAKLAH SEBAGAI ANAK MUDA YANG KUAT DAN CERGAS.
Kita harus Jalan terus,tak sanggup berkerajaankan PH DAP.
