Aku mengenali seorang sahabat yang boleh di katakan agak terkenal satu ketika dahulu kerana beliau salah seorang pencetus kepada lahirnya salah satu Parti Poltik baru pada ketika itu.
Di pertengahan jalan apabila beliau sedar bahawa beliau hanyalah tunggangan kepada beberapa tokoh politik lama yang punya agenda peribadi maka beliau pun mengundur diri dan tidur selama beberapa tahun di arena politik kerana kecewa.
Aku pernah bertanya kepada beliau tentang hal ini , jawapannya ialah kerana beliau ingin tumpu kepada kerjayanya.
Sebulan dari tarikh hari ini beliau akan bersara,aku berharap beliau kembali ke persada politik Negara. ….insyallah .