
Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan pagi tadi di Seremban.
Sesi libat urus ini menjadi platform dan penghubung di antara wakil-wakil rakyat dengan agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu-isu dan permasalahan rakyat.
Kerjasama baik di antara agensi kerajaan dengan wakil-wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri amat penting bagi memastikan khidmat serta sistem penyampaian yang berkesan kepada masyarakat.
Turut dibentangkan adalah tentang pelantikan, fungsi serta peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di seluruh Negeri Sembilan.Kesemua inisiatif ini diharap memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan sebagai satu Keluarga Malaysia yang besar.