Hadir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke-604 di Bilik Bunga Raya, MINDEF.
Majlis Angkatan Tentera (MAT) adalah badan ketenteraan yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 Perlembagaan Malaysia dan merupakan badan berperlembagaan yang bertanggungjawab (dibawah kuasa am DYMM YDP Agung selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera) bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia.




