
Jika para pengundi Melaka yang akan keluar membuang undi pada 20 November ini beranggapan bahawa undi mereka adalah bertujuan menentukan penubuhan sebuah kerajaan baru, tanggapan mereka ini adalah silap. Sebuah ‘kerajaan baru’ tidak menjanjikan sebarang harapan untuk rakyat Melaka. Kerajaan yang hendak ditubuhkan itu mestilah ‘kerajaan yang kuat’.
Oleh itu apakah pilihan yang dihidangkan kepada para pengundi dalam membuat keputusan? Dalam suasana politik yang tidak menentu ini, kesilapan membuat keputusan akan mengusutkan lagi keadaan. Ia akan memberi impak yang amat negatif terhadap situasi kepercayaan dunia luar terhadap negara ini dan ini pasti menjejaskan keyakinan para pelabur untuk kembali melabur di sini.
Bolehkah rakyat mengharapkan PH? PH yang akan bertanding di Melaka akan dibarisi oleh PKR dan DAP. Sementara Parti Amanah sekadar pelengkap syarat dengan mengharapkan undi dari PKR dan DAP. Perjuangan PKR di Melaka ini sebagai mengubat luka apabila cita cita Presidennya untuk menjadi Perdana Menteri separuh penggal tidak menjadi kenyataan apabila perjanjian lisan dikhianati oleh Tun Mahathir dan Tan Sri Mahiadin Yassin.
DAP pula adalah sebuah parti yang masih menyanyi lagu lama yang semakin lama semakin membosankan. Survival politik DAP selama ini hanya bergantung kepada strateginya menanam perasaan tidak puas hati dalam hati kaum Cina tanpa sebab. Sampai bila kaum Cina akan terus termakan dakyah DAP ini? Ia tidak menguntungkan sesiapa dan lama kelamaan akan merugikan kaum Cina sendiri.
Terbaru Mahiadin Yassin pula berkata bahawa PN akan bertanding di semua kerusi DUN Melaka. Masalahnya ialah siapakah yang mempunyai hak terhadap PN? Mahiaddin sedar bahawa survival politik Bersatu kini bergantung kepada PAS. Justeru Bersatu bekerja keras untuk memastikan PAS tidak lari meninggalkannya. Bagi Mahiaddin, selagi ada PAS selagi itulah ada PN. Jika tidak, Bersatu seperti juga Pejuang tidak perlu bermimpi untuk bertanding dalam pilihanraya Negeri Melaka ini.
PAS pula adalah seperti anak sekolah yang sentiasa mengubah cita-citanya kerana tidak pasti haluan yang hendak diikutinya. Berpuluh tahun menjadi pembangkang, kini peluang menjadi kerajaan dan memegang jawatan menteri adalah terlalu besar dan berharga untuk dilepaskan. PAS kini sedang seronok dengan keindahan sementara yang dimilikinya ketika ini. Ramai yang tersentak melihat gelagat PAS yang terlupa akan kebangkitan bersama UMNO dalam Muafakat Nasional. Malahan ramai ahlinya sendiri yang keliru dengan sikap pemimpin mereka. Ada yang bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. PAS mungkin ingin menunjukkan pada UMNO bahawa mereka kini mempunyai kekuatan tetapi sikap ini akan memakan diri.
UMNO pula adalah sebuah parti yang tidak kurang masalahnya. Namun kekalahan pada PRU 14 telah banyak mengajarnya. Ramai mereka yang diatas pagar beranggapan bahawa kekalahan itu merupakan satu ‘wake-up call’ bagi parti politik terbesar di Malaysia ini. Kepercayaan bangsa Melayu terhadap UMNO telah kembali secara perlahan lahan. UMNO dilihat tidak akan mengulangi kesilapan yang lepas. Ia juga dilihat satu-satunya parti yang boleh menjanjikan kestabilan dan membawa keamanan.
Hakikatnya rakyat sudah bosan dengan permainan politik yang tiada berkesudahan. Mereka menanti yang keruh untuk jernih semula. Setelah mencuba sesuatu yang baru pada PRU14 dan melihat kemusnahan yang dibawanya, pasti pengundi akan kembali kepada kemanan dan kemakmuran yang pernah dikecapi di bawah Barisan Nasional suatu masa dahulu.
Nak kuat kna TOLAK UMNO PAS PPBM, dalam tu penghuninya ramai kaki rasuah, pembohong, hipokrit, spesies pentingkan tembolok sendiri, geng perasan tiada akhirat..tolak SEMUA smpai rata..