MENANTI TOK MAT DI BULAN RAMADHAN

Setiap kali tibanya Ramadhan, ramai dalam kalangan warga Negeri Sembilan akan teruja dengan kehadiran Dato’ Seri Mohamad Hasan untuk berbuka bersama mereka.

Kehadiran Tok Mat menjanjikan satu kelainan kerana selalunya beliau akan tiba awal dan tanpa protokol. Seorang pesara guru besar berkata “Tok Mat ni lain. Bila dia datang, senyumannya cukup memberi keyakinan bahawa dia mengalu-alukan kehadiran kita. Ucapan ‘terima kasih kerana sudi datang’ yang keluar dari mulutnya cukup membuatkan kita rasa dihargai.”, Sambung bekas guru tadi.

Ramai juga yang ternanti-nanti akan ‘celotehnya’ yang penuh dengan pesanan dan pengajaran. Lebih daripada itu, nilai-nilai ini dipupuk semasa beliau membesar di kampung. Budaya dan nilai-nilai murni yang dimilikinya ini adalah cerminan bagaimana beliau dibesarkan oleh kedua ibubapanya.

Di kalangan guru-guru pula Tok Mat ialah ikon kepada murid-murid bagaimana seseorang itu boleh berjaya hingga ke peringkat antarabangsa walaupun datang dari kampung. Peluang yang diambil oleh Tok Mat untuk berkongsi pengalaman hidup dalam waktu terluang menanti waktu berbuka adalah sesuatu yang amat dinanti nantikan oleh mereka. Perkongsian Tok Mat tetap mencuri tumpuan untuk guru-guru menjadikan modal bagi menyemarakkan semangat ingin maju dalam kalangan pelajar.

Tok Mat akan berkata bahawa “jangan pernah malu dengan asal usul dari mana kita datang. Setinggi mana kita berada, jangan lupa melihat di bawah dari masa kita datang.” Tok Mat pasti tahu apa yang dikatakannya. Dari seorang anak kampung yang menghadapi cabaran untuk ke sekolah, beliau kini seorang menteri.

Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *