
Dalam ceramahnya di Pagoh malam tadi, Cikgu Kamarul mantan Setiausaha Agung Bersatu mempersoalkan ‘a new deal’ (tawaran baru) yang kononnya cuba dibawa oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempennya di Johor. “Apakah inti pati new deal itu kerana kita dah lama dengar propaganda ini tetapi tidak jelas siapa yang akan mendapat keuntungan daripadanya. Berada dalam PPBM (Bersatu) membuka mata saya bahawa perjuangan mereka adalah untuk para pemimpin tertentu mengekal kuasa. Yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Berada dalam Bersatu seperti berada dalam dunia yang yang ada perbezaan pangkat dan darjat. Yang miskin digunakan oleh yang kaya. Bila parti dah tertubuh dan kuat atas usaha golongan miskin, kita disingkirkan dan digantikan oleh orang orang yang rapat dengan sikaya”.