MAHATHIR MASIH BELUM MAHU MENINGGALKAN NAJIB

Baru-baru ini ketika Tun Mahathir dirawat di IJN, Datuk Seri Mohd Najib dengan segera membuang segala perasaan ‘tidak selesa’ yang ada untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Tun. Sesiapa yang mengenali Datuk Seri Najib akan mengetahui bahawa Datuk Seri Najib bukanlah seorang yang pendendam dan mempunyai pekerti yang baik.

Ironisnya ialah ketika ramai rakyat Malaysia mengharapkan agar Tun menamatkan segala persengketaan dan dendamnya terhadap Najib, Perdana Menteri dua kali itu masih tidak mahu berbuat demikian. Malahan, Mahathir tidak menunggu lama untuk menyalakan api kemarahan dan dendam yang tidak sudah terhadap Najib sebaik sahaja keluar dari IJN.

Mahathir mungkin sudah menyedari bahawa propaganda ‘mengagung’kannya sudah mula pudar dan tidak mendapat sambutan, lalu meletakkan calon calon atas tiket Pejuang untuk merosakkan sokongan terhadap Barisan Nasional dalam cubaan menggagalkan populariti Najib dan Barisan Nasional.

Ketika menjadi orang kuat Tun dalam menubuhkan Bersatu, saya menjadi bimbang dengan kemaruk dan obses Tun untuk menghancurkan Najib. Dalam usaha menghancurkan Najib, Tun tidak peduli kemusnahan yang akan berlaku pada negara. Saya menjadi bimbang kerana serangan dan tembakan akan membakar negara sendiri. Dan inilah yang berlaku sekarang.

Seorang sahabat berseloroh kepada saya bahawa ketika Tun berada di IJN, Najib mendoakan kesihatan Tun tetapi tatkala Tun membuka mata, soalan pertama yang keluar daripada mulutnya ialah “Tak ‘mati’ lagikah Najib tu?”

Ya Najib masih hidup lagi, Tun. Malahan semakin kuat dari dahulu. Yang terbakar dan musnah ialah negara tercinta yang tidak berdosa. Dan mangsa utamanya adalah rakyat miskin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *