LAWATAN MENHAN KE PANGKALAN TLDM LUMUT

Lawatan Kerja hari pertama ke Pangkalan TLDM Lumut melihat sendiri keadaan KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, yang dilanggar bot tempur TLDM semasa demonstrasi sempena Hari Terbuka Armada 2022.

Insiden tersebut mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m), manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan. Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan. Lembaga Siasatan telah pun ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

KD Laksamana Tan PUSMAH adalah salah satu daripada empat buah kapal jenis Korvet Kelas Laksamana yang digunakan oleh flotila serangan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal-kapal ini ditugaskan dalam skuadron korvet ke-24 TLDM.

@mindefmalaysia @royalmalaysiannavy

Sedia Berkorban

MenHanUpdate

MindefUpdate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *