KETUA PEMUDA UMNO SEREMBAN LAPOR POLIS ISU LELAKI HINA MELAYU DAN PDRM

sumber berita suaraTV

CYBERJAYA  – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan video seorang lelaki berbangsa India yang didakwa menghina orang Melayu dan PDRM yang tular di media sosial.
Memetik salinan laporan polis yang dilihat SuaraTV, Zool Amali berkata beliau berharap pihak berkuasa khususnya polis dapat melakukan siasatan terhadap kenyataan jelik lelaki itu dan mengenakan hukuman yang sewajarnya.


“Saya mendapati antara ungkapan dalam video oleh lelaki tersebut adalah seperti berikut;-
– Wei bangsa Melayu bangsat, diaorang ustaz puk*m* apa
– PDRM macam haram jadah bila Melayu buat PDRM pun senyap
– Negara Malaysia ini lingkup sebab bangsa Melayu
– Anak jadi pelacur pun bapak buat tak tahu, itulah bangsa Melayu


“Saya membuat laporan polis di sini supaya pihak berkuasa menyiasat lelaki tersebut yang menerbitkan video tersebut yang bersifat fitnah, berniat jahat, menjelikkan, memalukan dan bertujuan untuk menyemarakkan api perkauman dan kebencian antara kaum di Malaysia,” katanya, dipetik dari laporan polis itu.


Menurut Zool Amali lagi, kenyataan lelaki berkenaan jelas telah mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera, serta boleh menimbulkan syak wasangka dan kebencian bukan Bumiputera terhadap Bumiputera di negara ini.


“… Kandungan kenyataan video tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang Malaysia berdasarkan peruntukkan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.