KENYATAAN MEDIA MESYUARAT MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO

Datuk Seri Ahmad Maslan Umno division chiefs meeting at Menara Dato Onn in PWTC. AZMAN GHANI / The Star

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 28 Oktober 2021 bersamaan 21 Rabiul Awal 1443H yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO telah membuat beberapa ketetapan seperti berikut:-

1. YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Presiden UMNO dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka.

2. Mesyuarat memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka.

3. Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya.

4. Majlis Kerja Tertinggi juga memberikan mandat kepada YB Dato’ Seri Presiden, YB Dato’ Seri Timbalan Presiden dan YAB Dato’ Sri Perdana Menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka.

DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
28 OKTOBER 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *