KEHADIRAN AHLI PARLIMEN DI DEWAN RAKYAT SUNGGUH MEMBIMBANGKAN

Gambar ini adalah keadaan Dewan Rakyat yang diwakili oleh dua kerajaan yang berbeza pada waktu berbeza, tetapi untuk kehadiran jika kita lihat dari jumlah kekosongan kerusi Ahli Parlimen pastinya TIADA BEZA.

Mereka ini dibayar gaji yang lumayan untuk menjaga , mendengar masalah rakyat di kawasan masing masing, dalam masa yang sama mereka juga adalah pengubal dasar di dewan rakyat yang memerlukan mereka berucap, berhujah, bertanyakan soalan, menjawab soalan(jika sebagai menteri) dan juga mendengar.

Oleh itu kehadiran setiap Ahli Parlimen sangat penting di Dewan Rakyat tidak kira jika dipihak pembangkang mahu pun kerajaan.

Cadangan yang terbaik, satu usul harus dibentangkan di Dewan Rakyat dengan mencadangkan cukup korum sekarang yang hanya 26 Ahli Parlimen ditukar kepada 111 Ahli Parlimen(50% Pembangkang , 50% Kerajaan).

Walau bagaimanapun in adalah cadangan, sebaiknya Kerajaan dapat memikirkan satu jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kerana yang pasti RAKYAT sudah letih,marah,kecewa bila melihat terlalu banyak kerusi kosong ketika sidang Dewan Rakyat bersidang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *