Ini pekan kecil kavieng yang terletak hampir dua jam perjalanan udara dari ibunegeri PNG.Tiada langsung pembangunan di pekan kecil ini, jalan yang menyampungkan setiap kampung ke pekan ini hanyalah jalan kecil.
Jangan mengharapkan pusat beli belah,panggung wayang kedai mewah semuanya TIADA disini.Begitu juga dengan surau apatah lagi masjid.
Rata rata penduduk disini hanya mengharapkan hasil laut dan perkerjaan di ladang ladang kelapa sawit di sini yang di miliki oleh syarikat syarikat dari Malaysia.
Walau bagaimanapun,jarang Ahli Parlimen di sini berubah dari satu parti ke parti lain kerana mungkin mereka selasa dengan apa yang mereka ada di kawasan dan pekan ini .
Alhamdulilah kita di Malaysia sekarang berbeza jika Ahli Parlimen atau ADUN kawasan mahupun kerajaan sendiri dilihat tidak berkerja dan sering menimbulkan masalah semasa ada kuasa, maka bersedialah untuk hilang kuasa dan hilang jawatan.






