
Berita kononnya tindakan Idris Haron menghadiri mesyuarat UMNO di Melaka menimbulkan banyak tanda tanya kerana beliau telahpun dipecat daripada UMNO. Ramai orang selalu berkata bahawa dalam politik tiada kawan dan lawan yang kekal dan politik itu sendiri merupakan satu seni yang mampu merealisasikan sesuatu yang dianggap mustahil. Namun apakah nama yang paling sesuai untuk kita gunakan keatas seseorang yang menikam kawannya dari belakang lalu berada di gelanggang musuh?
Idris Haron sebelum ini mungkin begitu yakin bahawa dengan meninggalkan rakan-rakan dan melompat ke gelanggang musuh, akan membuka ruang yang luas buatnya untuk kembali menjadi Ketua Menteri Melaka. Namun percaturan manusia hanya akan menjadi dengan izin Allah. Idris mungkin tidak menjangka bahawa DUN Melaka akan terbubar kerana tidak akan ada yang dapat menghalangnya kerana ‘he had the numbers’. Kini apabila itu berlaku, Idris mendapati dirinya berada dalam ‘no man’s land’. Strategi Idris telah memakan diri sendiri. Apakah mungkin PH akan meletakkannya sebagai calon atas tiket PKR? Ini adalah kerana kelibat Idris kelihatan bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO. Jika ini berlaku, maka ramai dalam kalangan PKR yang akan tidak puas hati. Apakah agaknya perasaan Idris apabila berada dalam situasi ‘tidak diperlukan’?
Alasan Idris bahawa Ketua Perhubungan UMNO negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjadi punca kepada segala masalah dalam UMNO Melaka tidak masuk akal sama sekali kerana Rauf amat disenangi. Rauflah yang bertungkus lumus untuk menyelamatkan parti. Sepatutnya Idris perlu berterima kasih terhadap Rauf. Jika nak dibandingkan dengan Idris, Rauflah yang sepatutnya merajuk kerana tidak bertanding dalam PRU14 dahulu. Sebaliknya Rauf bersusah payah ke sana ke mari untuk membetulkan segala kerosakan yang berlaku dibawah Idris.
Rauf mempunyai banyak tugas ketika ini dan tidak perlu membuang masa untuk memikirkan nasib seorang yang telah hilang haluan politiknya. Menjatuhkan kerajaan yang diketuai oleh UMNO sendiri merupakan satu perkara yang tidak boleh dimaafkan. UMNO tidak perlu gusar akan langkah berpaling tadah seperti yang dilakukan Idris ini. Ini menjadi pengajaran yang amat berguna buat UMNO. Episod Idris Haron perlu menjadi pengajaran buat semua dalam UMNO.