HONEST POLITICS, DISHONEST POWER.

Pembelaan TS Muhyidin kepada pihak awam adalah kerana duit itu derma politik dari pihak yang tidak dikenalinya sendiri dan telah masuk ke dalam akaun parti bukan akaun sendiri.

Lupa kah TS Muhyidin semasa menjadi Menteri PH 1.0 dulu, kerajaan PH 1.0 tidak pun menghiraukan ianya akaun parti politik, peribadi, perniagaan atau badan bukan kerajaan.

Semuanya disita oleh SPRM dan dibicarakan.

Ketika itu, Kerajaan PH 1.0 tidak mengikhtiraf konsep ‘akaun politik’ atau derma politik.

Namun, tidak ada suatu kes pun yang dimenangi oleh kerajaan. Tapi namabaik parti-parti politik BN sudah dicemarkan kerana berpuluh tindakan mendakwa kami di mahkamah.

TS Muhyidin sebagai Menteri dalam Kerajaan PH 1.0 tidak pun kesah tentang soal akaun politik.

Akaun politik dan dana politik hanyalah fahaman yang tidak bertulis (‘unwritten understanding’) yang telah TS Muhyidin dengan rakan-rakan dalam kerajaan PH 1.0 pilih untuk diketepikan.

Semuanya kerana pihak yang menang hendak membalas dendam kepada yang sudah ditewas.

Sekarang masanya untuk mengubal akta dana politik dan pembiayaan politik oleh pihak awam (“political funds and public financing of political parties”) oleh semua pihak dalam Dewan Rakyat kearah mewujudkan ‘honest politics’ dan menyekat ‘dishonest power’.

credit : Shahrir Samad- Tok Uban

HonestPolitics

DishonestPower

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *