
Presiden Pam Abdul Hadi Awang menganggap kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai kerajaan minoriti dan rapuh. Dia juga melahirkan hairan kerana mereka yang dilantik jadi menteri orang yang dituduh sebagai penyamun dan perompak.
Jika Tok Dor berfikir sebelum bercakap dia tidak tegamak dan sanggup berkata demikian sebab ia memercik ke muka Tok Dor sendiri. Tok Dor juga jahil dengan prinsip demokrasi, padahal sudah lebih setengah abad bermain politik.
Memang benar kerajaan itu minoriti dan Anwar terpaksa melantik perompak dan penyamun, kerana tidak ada sebuah parti termasuk parti termasuk parti cap Bulan juga tidak cukup majoriti. Maka sebab itu Agong cadangkan agar dibentuk kerajaan bersama. Kalau parti Bulan bersama tentu para mujahid dan ahli syurga yang menjadi anggota kabinet bukannya para penyamun yang Tok Dor kawani dahulu itu. Ingat Tok Dor perfium Zahid dan Najib masih melekat di serban Tok Dor.
Malangnya parti Tok Dor tidak mahu ikut kerana yakin dengan apa yang diucapkan oleh Mahiaddin Yassin. Sebenarnya Tok Dor tertidur dalam hal ini dan dipermainkan oleh Mahiaddin yang cuba mencuri ahli parlimen tetapi tidak lepas. Pada malam keputudan diumumkan bukan main lagi Tok Dor konfiden.
Sekiranya Tok Dor cerdik Tok Dor bawa Pas bersama PH untuk tubuh kerajaan yang cukup majoriti dan tidak mustahil jawatan timbalan perdana menteri dan sekurang-kurang lima orang MP Pas akan jadi menteri dan timbalan menteri.
Namun kerana Tok Dor terlelap, terikut dengan lagu dendangan Mahiaddin yang tertipu dan dipermainkan maka Tok Dor pun ikut tersangkut dan terpedaya sama. Suara dan nada Tok Dor dalam memberi ulasan dan memperlecehkan kerajaan Perpaduan itu adalah nada dan suara orang kecewa dan hampa.
Sebar Tok Dor perbanyakan astighfar dan senantiasa lengkap diri dengan wuduk. Perbetulkan kiblat anda. Trims.