BUKTI MUHYIDDIN PM GAGAL

Kegagalan besar Muhyiddin masa jadi PM ialah gagal membawa masuk pelabur asing ke Malaysia.

Dia ke UAE pada bulan Mac 2021. Kononnya UAE akan melabur tanpa limit. “The sky is the limit”. Bangga sekali sembang Muhyiddin kepada media Malaysia.

Rupanya kosong. Sebaliknya Kerajaan Abu Dhabi melabur sebanyak RM270 Bilion ke Indonesia dari 2020-2021. Muhyiddin malukan Malaysia.

Kenapa ini berlaku? Pertama, kerajaan PH saman Kerajaan Abu Dhabi di London dan batalkan perjanjian penyelesaian 1MDB dengan syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi.

Tujuannya untuk wujud persepsi duit 1MDB hilang dan dicuri oleh Najib. Sedangkan IPIC milik Abu Dhabi sanggup bayar balik.

Bukan sahaja saman, tetapi Latheefa Koya SPRM dedahkan rakaman perbualan telefon peribadi Najib dengan Putera Mahkota Abu Dhabi. Tujuannya untuk memalukan Najib.

Setelah rosakkan hubungan dua hala tiba tiba terhegeh-hegeh kejar pelaburan “The sky is the limit” dari UAE. Kosonglah jawabnya. Itulah bukti Muhyiddin PM gagal.

sumber fb/drpuad zak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *