PRU 15 adalah pilihanraya pertama anak anak muda mengundi untuk kali pertama, kurang lebih kita akan berhadapan dengan 5 juta atau mungkin 7 juta pengundi muda yang baru.
Maka ianya adalah lagi satu dugaan alaf baru yang harus kita tempohi, namun apabila kita melihat senario politik masa kini pasti ianya memihak kepada barisan nasional seperti apa yang telah berlaku di melaka.
Namun hakikatnya, kita di Negeri Sembilan harus menempatkan seberapa banyak calon muda dan muka baru yang mesti dipimpin oleh TOK MAT. Jika ini berlaku pasti kita di Negeri Sembilan akan menang besar dan kembali memerintah Negeri ini.
Walau bagaimanapun ianya hanyalah cadangan sahaja, kami percaya pimpinan Barisan Nasional yang di pimpin oleh TOKMAT lagi arif tentang apa yang diingini oleh rakyat Negeri Sembilan.