BERSATU: ANTARA MIMPI DAN IGAUAN

1. Antara tajuk lagu yang paling kekal di hati saya hingga ke hari ini ialah ‘Melastik ke Bintang’. Melihat pada tajuk itu kita boleh bayangkan betapa besarnya cita cita sang persona.

2. Kini apabila saya menghabiskan masa saya dengan membaca dan mengkaji segala ruang kemungkinan yang akan berlaku dalam PRN Melaka, saya terbaca sebuah artikel mengenai khayalan Bersatu melantik Mas Ermieyati atau Rafiq Naizamohideen sebagai Ketua Menteri Melaka selepas PRN ini. Begitu besar cita-cita parti ini.

3. Sekali lagi Bersatu menunjukkan keangkuhannya. Bersatu tidak akan menang PRN ini secara bersendirian. Untuk memang ia perlukan PAS dan UMNO. Jika ia bersama PAS sahaja, ia tidak akan berpeluang langsung untuk membentuk kerajaan. Jika ia menang bersama UMNO dan PAS, apakah justifikasi bahawa jawatan Ketua Menteri mesti diberikan kepada Bersatu? Ini menunjukkan bahawa Bersatu bukanlah rakan kongsi yang menguntungkan. Janganlah pisang berbuah dua kali. Lihatlah apa yang sudah berlaku di Sabah.

4. Bersatu mungkin bermimpi jika mereka berpendapat bahawa Mas Ermieyati akan menang di DUN Ayer Limau, tempat dimana dikatakan beliau akan bertanding. Ramai yang masih ingat dan marah apabila beliau merupakan antara yang paling awal menjadi katak yang melompat meninggalkan UMNO setelah BN gagal membentuk kerajaan selepas PRU14. Ramai yang mengundi beliau tidak sabar-sabar untuk menghukum beliau di PRN ini. Sementara penyokong UMNO menanti untuk membalas dendam terhadapnya, penyokong PH pula turut teruja untuk mengajar ahli Parlimen Masjid Tanah yang meninggalkan mereka.

5. Rafiq pula bernasib baik ketika beliau menang di DUN Paya Rumput dalam PRU14. Ketika itu sentimen penolakan terhadap BN terlalu kuat. Tapi itu semua cerita lama. Keadaan amat berbeza kali ini. Rafiq juga tidak punya ramai ‘kawan’ di Melaka. Beliau dilihat sebagai tidak mesra dengan mereka yang sama sama mula berjuang dengannya dahulu.

6.Bersatu akan mengharapakan kemenangan satu atau dua kerusi yang menjadi penentu kepada penubuhan kerajaan negeri. Bagi mereka satu kerusi penentu sudah cukup untuk mendesak dan menuntut jawatan Ketua Menteri.

Bersatu hendak melastik ke mana? Ke bintang? Bak kata bidalan Inggeris ‘building castles in the air’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *