AURA NAJIB YANG DITAKUTI OLEH LAWAN DI PARLIMEN

Ketika rakyat begitu ternanti-nanti akan ucapan Datuk Seri Mohd Najib dalam membahas titah ucapan Yang Dipertuan Agung, mantan Perdana Menteri Malaysia itu diganggu tanpa henti oleh dua orang Ahli Parlimen PH dari Jelutong dan Shah Alam. Najib diganggu dengan hujah tidak berkualiti dan alasan tidak munasabah oleh Khalid Samad dan Rayer sehinggakan mantan Perdana Menteri yang tenang dan berpekerti tinggi itu tidak dibenarkan menghabiskan ayat ayatnya. Ia memberi gambaran seakan-akan mereka berdua telah diberi arahan untuk memastikan rakyat tidak memperolehi maklumat sebenar mengenai isu-isu yang sering diputarbelitkan oleh PH.

Najib bukan calang-calang orang. Beliau bijak berhujah menggunakan fakta dan ini adalah sesuatu yang ditakuti oleh Pakatan Harapan. Rayer dan khalid bukanlah saingan buat Najib. Malahan sebelum inipun pemimpin lebih kanan dalam PH pun tidak berani menyahut cabaran untuk berdebat dengan Najib secara terbuka. Kedua-dua mereka hanya menonjolkan kejelekan mereka dan tidak ubah seperti anak-anak kecil tidak berdisiplin yang kehilangan punca. Akhirnya mereka dilhat sebagai tin kosong yang hanya membuat bising tanpa sebarang makna.

Dengan sikap buruk kedua ahli parlimen ini, kita terlepas peluang yang amat baik untuk mendengar hujah lebih lama yang hendak disampaikan oleh Najib. Dalam keadaan begitu pun Najib masih tenang dan berjaya membuka mata kita tentang kelemahan kerajaan Pakatan Harapan yang hanya berjaya menambah hutang negara dan menjual aset aset negara. Jelas PH bimbang segala kekuatan kerajaan Barisan Nasional diketahui ramai kerana Najib dan kerajaannya pada hakikatnya telah berjaya mengurangkan hutang negara disamping menambah pendapatan. 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan hanya akan diingati sebagai tempoh membalas dendam dan menjual aset-aset negara, disamping menjarah wang daripada syarikat gergasi negara seperti Petronas.

Kita mengharapkan perdebatan yang lebih berkualiti di Parlimen tetapi ahli ahli Parlimen PH sentiasa gagal memberi bukti bahawa mereka mempunyai kualiti. Tidak pasti berapa lama lagi rakyat akan boleh menahan sabar dengan sikap ahli ahli parlimen Pakatan Harapan yang tidak menghormati persidangan Dewan Parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.