AMALAN FEUDAL YANG MEROSAKKAN AHLI POLITIK

Amalan Feudal yang menjahanam kebanyakan pemimpin politik.

Amalan feudal sepatutnya tidak lagi berlaku di kalangan Ahli Politik apabila mereka ini dipilih sebagai Ahli Parlimen,Perdana Menteri mahupun Menteri.

Amalan pengiring,cium tangan,meja VIP ketika majlis,angkat beg,sambutan dan kipas secara terang menerang tidak lagi diperlukan oleh seorang ahli politik.

Bayangkan semua menteri perlukan pengiring,semua menteri perlukan raider setiap kali berapa duit rakyat yang mesti dibelanjakan kalau masih perlu juga cukuplah sekadar kepada Perdana Menteri.

Cium tangan ini cukuplah sekadar kita cium tangan Ibubapa kita dan raja raja kita. Pemimpin tidak perlulah dicium tangan mereka,mereka diberi jawatan sekali dengan gaji yang kita bayar jadi amalan cium tangan ini kena berhenti kecuali jika kita rasa menhormati mereka atas dasar umur.

Kalau setiap kali Majlis pemimpin akan datang lambat rakyat kena tunggu setelah mereka hadir,mereka disambut dan menuju ke meja VIP bila masa mereka nak bersama rakyat. Kerja pemimpin adalah untuk rakyat bukan sebaliknya.

Pernah tak kita lihat,ketika tengahari atau semasa hujan,akan ada pemimpin di payungkan oleh pembantu mereka?. Persoalannya kalau pegang payung atau angkat beg pun tak berkemampuan bagaimana nak menolong rakyat.

Hentikan amalan ini kerana ianya langsung tidak menguntungkan rakyat.Cukup kita kekal kan sistem fuedal ini kepada Agong,Raja dan TYT Tetamu VIP Luar Negara dan beberapa golongan lagi tetapi bukaj kepada golongan yang dipilih untuk berkerja kepada rakyat iaitu Ahli Politik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *