ALASAN APABILA BERSALAH

GAMBAR HANYALAH SEKADAR HIASAN

Anak anak murid disekolah, baik zaman dahulu mahu pun sekarang punya satu kepakaran memberi alasan sesuatu kesalahan ke atas masalah lain .Jika kerja rumah tidak siap contohnya pasti ada alasan yang diberi oleh mereka, mereka akan pastikan alasan yang diberi akhirnya membuktikan yang mereka tidak bersalah.

Cuma setiap kali melakukan kesalahan mereka punyai alasan yang berbeza walaupun dengan kesalahan yang sama, dalam bahasa mudahnya “apa saja yang jadi aku akan memangsakan apa apa yang berada dikeliling aku tak kira yang bernyawa atau tidak”

Walau bagaimana pun kenakalan mereka ini yang pastinya jadi hiburan kepada kita kerana kita juga mungkin melaluinya ketika zaman persekolahan dahulu.

Berbeza jika diarena politik ianya akan menjadi celaru kepada negara, jika seseorang pemimpin sentiasa mencari kesalahan individu lain keatas segala galanya yang berlaku.

Menjadi lagi parah jika Pemimpin ini hanya memangsakan seseorang individu sahaja keatas segala galanya yang terjadi.

Tingkah laku ini pastinya agak sumbang didalam politik dan yang pastinya ia bukanlah hiburan kepada kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *