PORT DICKSON

Setiap minggu, ramai yang mengambil peluang untuk datang bercuti ke Port Dickson. Sebagai anak jati Port Dickson, saya berasa ada banyak kelemahan pusat peranginan ini dalam menyantuni keperluan para pengunjung ke destinasi pelancungan yang terkenal ini.

Port Dickson tidak mempunyai identiti medan selera yang berpusat. Ia tidak mempunyai makanan yang sinonim dengan nama besarnya sebagai pusat pelancungan ternama. Malahan orang Port Dickson sendiri tidak mampu mencadangkan destinasi medan selera yang menarik apabila ditanya oleh rakan-rakan yang datang bercuti ke sini. Walaupun di Port Dickson terdapat banyak gerai makanan tetapi ia wujud tanpa perancangan yang berstrategik. Kenapa Majlis Daerah/ Perbandaran Port Dickson tidak nampak masalah ini?

Pembangunan Port Dickson perlu dilaksanakan secara terancang. Dirikan medan selera berpusat dan temuduga mereka yang mahu menyewa gerai bagi menentukan kelainan dan kualiti supaya tak semua gerai makan jual nasi goreng dan tomyam sahaja. Mungkin juga boleh jadikan Medan Selera berbentuk kebangsaan yang mana satu gerai menjual masakan dari negeri tertentu dan setiap gerai mewakili masakan dari negeri tertentu. Contohnya gerai Sarawak menjual makanan dan masakan Sarawak. Saya selalu beropandangan bahawa tapak pasar malam Batu 4 sepatutnya sudah lama diupgrade dan dengan lantai bertile dan didirikan bumbang supaya peniaga/penjaja boleh berniaga 24 jam dan dijadikan destinasi beli belah sebelum pelancung pulang ke tempat masing-masing.

Saya juga berpendapat bahawa Port Dickson perlu mempunyai perkampungan budaya seperti di Kuching. Peluang perlu diberikan kepada badan badan tertentu untuk mencari wang dengan membuat persembahan. Ini termasuklah juga para pelajar politeknik terutamanya apabila mereka bercuti. Inilah masanya mengasah bakat dan kemahiran yang ada disamping mengajar mereka membina kerjaya. Malangnya di Port Dickson hanya ada pasir dan laut. Kita berbangga mempunyai kewangan yang mantap tetapi apa yang kita lakukan untuk memajukan Port Dickson?

Mungkin juga kita boleh jadikan Port Dickson sebagai pusat skateboard kebangsaan dengan membina gelanggang skateboard bertaraf dunia. Ini bagi menggalakkan kelainan di Port Dickson. Anak-anak tempatan juga boleh menjalani aktiviti yang bercabar daripada duduk di rumah di hujung minggu. Mungkin selepas beberapa tahun Port Dickson akan dikenali sebagai tempat yang menghasilkan juara skateboard dunia.Setakat ini Port Dickson belum memanfaat Sungai Linggi sebaik mungkin. Mengapa tidak membuat kelainan dengan membina chalet yang bertaraf kelas pertama dan menyediakan river cruise (seperti di Eropah) di waktu malam dengan menghias lampu lampu di pokok pokok Bakau. Jika ada yang malas berfikir dan berkata bahawa ” susah nak buat, banyak menelan belanja, ada orang nak datang ke?”, Lebih baik kau cari kerja lain lah.

Macam mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *