100 ORANG AHLI PARLIMEN PH TIDAK BOLEH MENANDINGI SEORANG AHLI PARLIMEN PEKAN

Pada tanggal 2 Mac 2022 jam 2.30 petang, rakyat Malaysia menanti dengan penuh minat ucapan Datuk Seri Najib di Dewan Perlimen dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Parlimen. Itulah peluang yang paling sesuai untuk rakyat mendapat pencerahan daripada mulut Datuk Seri Najib sendiri mengenai beberapa isu yang sering dikaitkan dengannya.
Disebabkan berita dan maklumat pada hari ini dikuasai oleh media sosial yang penuh dengan fitnah dan berita palsu, adalah penting untuk kita mendapat pandangan daripada sumber pertama.

Malangnya ia tidak kesampaian kerana ahli ahli parlimen PH seperti Khalid Samad (Shah Alam) dan Rayer (Jelutong) telah dengan sengaja mengganggu Najib dan merosakkan ucapan yang hendak disampaikan Najib. Najib langsung tidak diberikan peluang untuk mengemukan hujahnya oleh pihak pembangkang. Malahan, Najib mendapati amat sukar untuk menghabiskan setiap baris ayatnya kerana tabiat buruk ahli ahli parlimen PH ini. Tindakan wakil rakyat Pakatan Harapan jelas berbentuk provokasi yang begitu keterlaluan dan tidak menghormati Speaker Dewan yang asyik meminta mereka untuk duduk tetapi tidak diendahkan.

Namun dengan tidak semena mena, Tony Pua dengan tiba tiba telah mengusulkan agar Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan kebebasan parlimen dibawah peraturan Mesyuarat 36 (12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Pua menghantar usul itu berikutan ucapan Najib dalam Dewan Rakyat pada 2 Mac dikatakan mengandungi kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dewan berkaitan isu hutang 1MDB dan boleh disifat sebagai menghina majlis.

Ini telah mendorong Speaker Dewan untuk ‘mengarahkan’ Najib berbuat demikian di Dewan rakyat. Walaubagaimana pun kerana Najib sedang sibuk dengan kempen PRN Johor, beliau menangguhkan dahulu kehadiran dan penjelasannya di Parlimen.

Ini jelas tidak menyenangkan budak budak tin kosong PH Harapan yang suka buat bising di Parlimen. Kebisingan tidak menjanjikan apa-apa kecuali kebodohan. Apakah PH boleh berjanji bahawa mereka benar benar akan menjaga disiplin dan mendengar penjelasan Najib tanpa sebarang gangguan? Bukankah mereka juga yang telah mengganggu Najib pada 2 Mac tempoh hari?

Jelas sekali semua ahli PH di Dewan Parlimen tidak boleh menandingi kehebatan NAJIB.

Leave a Reply

Your email address will not be published.